DIET DAN PRESTASI ATLET


DIET DAN PRESTASI ATLET
Makan makanan yang kaya dengan zat ataupun kaya dengan nutrisi adalah sangat penting untuk para atlet. Sama ada anda atlet ataupun yang suka melakukan senaman yang kerap, dengan pengambilan nutrisi yang betul akan meningkatkan keupayaan bersukan anda!
Diet bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang individu. Pengambilan makanan adalah penting untuk memelihara dan mempertingkat kesihatan. Optima diet didefinisikan sebagai makan atau minum yang dapat memberikan semua keperluan nutrient mencukupi untuk pemeliharaan tisu, pemulihan dan perkembangan tanpa berlebihan (McArdle et al. 1996). Terdapat banyak cadangan jenis makanan yang boleh menyediakan keperluan nutrient untuk pemeliharaan tisu, pemulihan dan perkembangan. Badan atlit hendaklah ditala dengan begitu rapi akibat latihan yang berterusan. Bagi mencapai hasrat ini, atlit perlu memberi perhatian terhadap pemakanan yang sempurna, tidur dan rehat yang cukup.
Ada banyak cara dan jalan untuk melakukan diet penurunan berat badan bagi seorang atlet.
Bagi seorang atlet, diet dapat dilakukan relatif lebih mudah dan aman dari orang yang bukan atlet kerana seorang atlet aktif akan lebih banyak mengeluarkan kalori daripada mengkonsumsi kalori. Sistem metabolisme tubuh seorang atlet juga relatif lebih baik.
Hukum diet adalah kalori keluar lebih berbanding dengan kalori masuk. Hal itu kerana,  kalori masuk dan tidak digunakan akan menyebabkan timbunan lemak dan menambah berat badan.
Menu dan cara melakukan diet sangat beragam. Tapi bagi anda yang merupakan seorang atlet dan ingin melakukan diet serta terus meningkatkan prestasi, anda dapat melakukan beberapa langkah berikut :
  1. Mantapkan hati dan pikiran.
Semua tingkah laku dan kondisi tubuh hampir seluruhnya dikendalikan oleh otak. Jadi untuk melakukan diet harus dimulai dari niat dan memikirkan tujuan kamu melakukan diet.
  1. Disiplin.
Dalam menjalani diet pasti banyak godaan dan gangguan yang bisa merusak program diet kita. Untuk itu sikap disiplin pada program diet dan pengalihan pikiran saat datang godaan sangat perlu dilakukan.
  1. Terus bersukan dan bersenam
Kunci utama pembakaran lemak adalah bergerak. Lakukan kegiatan rutin di pagi dan malam hari diluar kegiatan olahraga siang hari.
  1. Ikhlas.
Kunci lainnya adalah lakukan senaman dan diet dengan ikhlas tanpa rasa terpaksa. Nikmati aja!

Contoh kegiatan diet harian yang dapat dipraktikkan:
Pagi
  1. Lakukan sit-up 25x sejurus bangun tidur.
  2. Minum air putih secukupnya
  3. Lakukan senaman kecil serta sedikit peregangan setelah itu
  4. Joginglah atau jalan pagi selama 30minit
  5. Selesai senaman minumlah minuman hangat. . Gelas kecil dan jangan menambahkan gula.
Siang
  1. Makan makanan berkuah.
  2. Lakukan Endurance Run selama 20-30 minit. Lakukan setiap 2-3 hari sekali.
  3. Sekiranya tidak berlari,  lakukan fitness atau senaman lain sebagai gantinya
  4. Rehat cukup
Petang
  1. Minum minuman dingin, suplement sachet 30 menit sebelum latihan. ( extrajos, hemaviton, atau yang sejenis )
  2. Latihan olah raga permainan atau latihan di klub. Lakukanlah dengan senang!
  3. Banyaklah minum air putih. ( Keringat pasti mengucur deras! Wajar )
Malam
  1. Jangan makan malam!
  2. Jika terasa lapar makanlah buah-buahan.
  3. Minum air putih secukupnya.
  4. Siapkan bekal minum air putih 1.5 liter disamping tempat tidur untuk antisipasi kalau terbangun atau perut terasa lapar.
  5. Usahakan untuk tidur awal.
  6. Jumlah jam tidur minimum 6 jam
Itu contoh kegiatan yang dapat dan pernah dilakukan seorang atlet . Ingat aktiviti diatas adalah contoh dan bukan program mutlak dengan hasil sempurna. Namun dengan kegiatan seperti contoh diatas, berat badan atlet bersangkutan turun 12kg selama 4bulan.

Namun kunci utama hukum diet adalah :
Berat badan turun = kalori keluar > kalori masuk
CONTOH PIRAMID MAKANAN ATLET:


Comments