Semasa latihan, atlet
merancang pemakanan yang dapat membekalkan tenaga, air dan elektrolit kepada
tubuh.
Ø Atlet
bagi acara berintensiti tinggi dan tempoh kurang 30 minit tidak perlu mengambil
sebarang makanan atau minuman kerana tidak memberi kesan kepada prestasi.
Ø Bagi
atlet yang bertanding dalam tempoh masa 30 minit hingga 90 minit, bekalan
karbohidrat dan air sudah memadai untuk menggantikan tenaga dan air yang
hilang.
Ø Atlet
bagi acara yang melibatkan masa yang melebihi 90 minit, perlu mengambil
karbohidrat , air dan elektrolit untuk mencapai prestasi optimum semasa
pertandingan.
Pemberian karbohidrat pada saat bertanding dengan cara suplemen makanan bertujuan untuk mencegah terjadinya hipoglikemi, mencegah kelelahan dan untuk mempertahankan daya kerja otot. Pemberian suplemen makanan karbohidrat yang berupa cairan ataupun padat adalah bergantung pada kesukaan atlet dan jenis acara yang disertainya.

Makanan padat yang tinggi karbohidrat kompleks dan
rendah serat, misalnya seperti buah pisang dapat memulihkan glikogen
serta mengganti cairan, vitamin, mineral dan elektrolit yang terpakai selama
pertandingan.
Comments
Post a Comment